Cara hilangkan sakit dan pening kepala

Cara hilangkan sakit dan pening kepala. Rasa sakit kepala boleh dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira usia. Kadangkala anda sendiri tak pasti apakah punca sebenarnya pening kepala. Alih-alih jer kepala ni terasa pening.

Menurut apa yang saya faham, sakit kepala ini berpunca dari sel-sel saraf dalam badan anda. Kepala anda terasa sakit apabila sel saraf ini dibangkitkan dan berlaku kerosakan pada tisu. Rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin banyak tisu yang rosak.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:

1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.
2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.
3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.
4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.
5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.
6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.
7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Ramai di antara kita sering sakit kepala ataupun pening kepala. Kekadang tu, kita sendiri pun kurang pasti apakah punca sebenarnya. Sekejap baik, lepas tu sakit balik. Mak ai.... Makin bertambahlah pening dibuatnya.

Sakit dan pening kepala

Buat pengetahuan anda, ada dua kategori sakit kepala iaitu;

1. Berpunca dari bahagian dalam kepala
2. Berpunca dari bahagian badan yang lain

Sakit kepala yang berpunca dari dalam kepala amat jarang berlaku. Kalau berlaku pun disebabkan oleh angin ahmar, edema otak dan tumor. Sekiranya ia terjadi pada anda, sila dapatkan rawatan segera ya.

Manakala bagi sakit kepala jenis kedua, selalunya disebabkan oleh ketegangan, migrain ataupun servikogenik. Ringkasnya, sakit kepala akibat ketegangan lazimnya dialami secara kerap. Adakalanya ia ringan dan adakalanya juga agak sederhana kuat di kedua-dua belah kepala. Rasa macam ada sesuatu yang mencengkam di kepala.

Akibatnya, bahagian kepala akan tegang seolah-olah macam ada sesuatu melilit serta menekan sekeliling kepala dengan kuat. Aduhh... memang sakit.

Untuk migrain pula, pesakit biasanya pening kepala secara berkala. Rasa sakitnya agak kuat serta berdenyut-denyut. Tapi, biasanya ia hanya terasa pada sebelah bahagian kepala. Tak seperti sakit kepala yang berpunca daripada ketegangan. Akibatnya, penghidapnya mula hilang selera makan, loya ataupun mengalami muntah-muntah.

Bagi pening kepala jenis servikogenik, ia berlaku akibat ketegangan yang melibatkan otot skeletal. Ermmm, ia boleh juga dikaitkan dengan migrain. Tapi ia agak sukar untuk didiagnosis.



Baiklah, walau apapun jenis sakit kepala yang dialami, saya ingin kongsikan satu doa ringkas tapi mujarab bagi mengatasinya. Sila rujuk video di atas yang saya sertakan khas buat rakan-rakan yang beragama Islam.

Setakat ini dahulu artikel berkaitan cara hilangkan sakit dan pening kepala. Sama-sama kita amalkan ayat Al-Quran yang diberikan dan mudah-mudahan Allah SWT sembuhkan penyakit yang kita alami. Terima kasih.

Source and citation:
http://petuasejagat.blogspot.com/2012/03/ayat-ringkas-menghilangkan-sakit-pening.html
http://petuasejagat.blogspot.com/2009/10/7-punca-sakit-kepala.html



Anda mungkin menyukai:

Cara dan rawatan menghilangkan jerawat dengan mudah dan cepat
Tips dan cara merawat luka
Tips cara kurus turunkan berat badan
Cara hilangkan sakit dan pening kepala

Tips to get rid of Headaches 3

  • Try lying on your side in bed or somewhere comfortable, like a soft couch, after you've taken some painkillers. It might make the wait more bearable. Also try to stay away from screens (TV screens, etc...) and keep a glass of water nearby. Turn off the light and close your eyes, breathe deeply and relax. This method works much better when you wear comfortable clothing, avoid tight clothes and bras. It is not certain this will work for everyone.
  • Avoid using ice cubes as a compress, as the edges can dig into your skin and cause pain. Use an ice pack designed to remain soft and pliable, even when frozen, or one of the other compresses mentioned in this article.